Salam wrt..1st cerpen..yg ditulis oleh seorang sahabat yg sgt nadia hargai, jzkk.. Ampuunn..ssghnya nadia tak sempat nak hasilkan cerpen sdiri.. keinginan tu ade, tp,musim2 exam ni, huhu , idea pn tak datang2, lalu terkubur ajela harapan.. jazakumullah khairan kathira semua kerana bg semangat, nadia akn cube 'maintain' keinginan & develop bakat dlm bab2 ni..hehe insyaAllah.. Ape2pun, eventhou ni bukan hasil tulisan nadia sdiri,nadia rase nak sgt share kisah ni dgn sahabat2 yg nadia kasihi semua.. memandangkn kisah ni sbnrnya ditulis dari hati, harapan nadia, semoga semua yang membaca pun, membaca dari hati juga, and semoga telus ke hati.. insyaAllah.. :)
...................................................................................................
“Tidak adakah rasa kesal dalam hatimu??!!”
Astaghfirullahalazim..aku beristighfar
panjang..Suara itu sungguh jelas, cukup jelas untuk membangunkanku dari tidur
yang kian hari kurang lena.. Ku kesat peluh didahi.. Panas.. Malam yang panas,
sepanas siang dengan terik sinar matahari.. Tambah panas dengan suara-suara
bisikan yang kerap hadir di minda.. Membangunkan ku ketika lena, menyentakku
ketika jaga..
Aku bingkas bangun.. segelas air dituang, niatnya
mahu menghilangkan dahaga.. Tapi, dahagakah aku? Atau sengaja ingin menafikan
apa yang sebenarnya terbuku dihatiku.. Sekian lama peristiwa tersebut.. kini
genap setahun sudah berlalu.. Aku melabuhkan punggung di kerusi.. Entah apa
yang bermain di fikiran ku, hanya Tuhan yang tahu.. Kepalaku ligat
berfikir,mengingati kembali fasa-fasa hidupku yang berlaku pada hari-hari yang
sama dengan waktu kini.. Cuma bezanya, tahun..
Mataku tajam merenung sekeping kertas kecil
terselit di bawah tafsir al-Quran diatas meja.. Ia sekeping tiket.. tiket yang
akan membawaku ke sebuah majlis makan malam tahunan.. Entah mengapa, acara
tahunan yang begitu dinantikan oleh kebanyakan pelajar, bagai tidak menarik
seleraku.. bukan sahaja tidak menarik selera, bahkan menimbulkan pula rasa yang
bercampur-baur.. risau, takut, gementar, cuak.. Mataku masih merenung tepat
tiket itu.. ingin ku capai.. tapi bagai dihalang naskhah tafsir al-Quran..
Lantas minda ku mula mengingati dgn terperinci peristiwa yang berlaku hampir
setahun lepas..
“Dani..oi Mat Dani..Meh sini jap..Ko join kitorg
arrange bahagian performance mase dinner nanti ok x? Alaa.. kerja simple je..
kita pilih orang untuk perform, lepastu bagi briefing sikit.. haa lebih kurang
macam tula .” Aku berfikir sejenak.. “Ooo..Layan ajela.. aku orait je” Lantas
persetujuan ku beri tanpa berfikir panjang.. bukan tidak mahu berfikir tentang
baik buruknya.. Cuma memang hatiku tidak terbuka untuk memikirkannya.. bagi ku
ia hanyalah satu tugas…..
“Kau bertugas untuk siapa??!!”
Ahhh.. keluhku sendirian.. kalau bukan kerana tugas
tersebut.. pasti tidak wujud perasaan yang ku alami kini.. Majlis tersebut
memang penting, kerana bermula dari majlis itulah telah bercambah pula
majlis-majlis yang seumpama dengannya.. Timbul rasa bangga dihatiku, dapat
menjadi ‘pioneer’ atau pembentuk acuan untuk persembahan pada satu majlis yang
besar. Memang benar, tugas sebagai ajk persembahan untuk sesuatu majlis memang
mudah.. Mudah dalam erti kata membuat pilihan untuk mereka yang berminat
membuat persembahan.. Asalkan menarik dan cukup latihannya, maka terpilihlah..
Mana yang hanya bagai melepaskan batuk ditangga, jangan haraplah.. Terlintas di
kepala senarai peserta-peserta yang dipilih untuk membuat persembahan pada
majlis tersebut.. ada yang mempersembahkan kugiran, sajak, pentomin.. dan tidak
ketinggalan juga tarian.. Saat itu, hatiku bergetar semula, panas dirasakan..
Tika itu, pada fikiranku, tiada yang
tidak kena pada pemilihan peserta untuk tarian.. kerana matlamat asalnya untuk
mengumpul segala jenis tarian masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, Melayu,
Cina dan India..Jadi, dipilihlah sebuah kumpulan tarian dari bangsaku sendiri,
iaitu dari saudara-saudari seagamaku sendiri.. Niat asalnya hanyalah mahukan
sebuah persembahan yang mempersembahkan tarian asli Melayu.. hanya itu matlamat
asalku..
“Tapi matlamat tidak pernah menghalalkan cara!!!!”
Aku tersentak.. suara itulah
yang kerap kali mematikan lamunanku.. menyedarkanku dari angan kosongku,
menggetarkan seluruh tubuhku.. Ku teguk air yang kian kontang.. Fikiran ku
melayang mengingati peristiwa yang berlaku hanya beberapa hari sebelum majlis
itu berlangsung..
“Danial, boleh tak kami nak berjumpa dengan awak
dan rakan-rakan yang terlibat menguruskan persembahan untuk dinner nanti.. Di
surau ya?”.
"Ada
hal penting ke?” soalku..” “Iya,sangat penting” lantas berlalu meninggalkanku.
Dialah Ummu, salah seorang penggerak usrah di tempat belajarku.. Memang sudahku
duga tujuan dia ingin menemui kami, pasti tentang persembahan pada dinner
tersebut.. Isy, adela tu yang tak kena pasal persembahan.. aku dah agak dah..
diorang ni, ade je yang tak boleh.. bisik hati jahilku.. Sesungguhnya, tiada
yang kurisau tentang pertemuan itu.. Iyalah, masakan tidak.. Aku tidak
mempunyai masalah untuk berdialog, mahupun berbahas.. mungkin mewarisi darah
seorang pensyarah dan motivator.. mulutku cukup lancar berbicara, apatah lagi
jika bertikam lidah…..
Alangkah baiknya jika kelancaran lidahku bertutur
disulami ilmu pengetahuan agama yang tinggi dan kukuh.. pasti membuahkan
hujah-hujah yang cukup ilmiah.. Malangnya.. demi menegakkan pendapat dan
pengetahuan yang serba-serbi jahil..
“Kalau boleh.. korang cubela stop atau
tukar tarian dari sahabat-sahabat kita tu.. Paling kurang pon, terhadkan
pesertanya dari kalangan lelaki sahaja” pinta Ummu dgn harapan tiada
rakan-rakan perempuan yang mengambil bahagian dalam tarian..
“Bukannya tak
boleh, tapi nanti hambarla persembahan tu.. sebab penyerinya memang perempuan”
pantas sahaja lidahku menjawab.
"Ini bukan soal berseri atau tidak Danial.. ini
soal halal, haram & maruah agama..Lagi yang paling penting,maruah & kehormatan wanita tu sendiri.. Awak pun tau, sudah terang dinyatakan oleh agama, wanita tak boleh menari di khalayak ramai, membuat gerakan-gerakan yang boleh menimbulkan syahwat dan keinginan buruk orang terhadapnya . Sedang sesama perempuan pun ada batasnya, apatah
lagi dihadapan bukan mahram dan kaum yang bukan seagama dengan kita.. di mana
maruah Islam ?? ” Ummu semakin keras mempertahankan hujahnya..
"Alaa..kitorang
dah cakap kat mereka, pakaila pakaian yang bersopan.. No dedah2.. kitorang pon
dah fikir pasal benda-benda macam tu” sekali lagi kejahilanku terserlah..
“Maaf, bukan nak rosakkan plan, tapi semua tu pun sahabat-sahabat kita kan..kami
takkan minta bende ni kalau bukan atas dasar sayangnya kami pada mereka, tak
sanggup mereka di azab Allah kelak dek sikap tutup mata kami..” Dia tidak putus
asa memujuk.
“Camnila, kitorang susah nak cancel atau tukar tarian diorang,
ramai yang demand nak tengok sebab diorang tu bagus.. kitorang akan try cakap
supaya dilimitkanla segala benda yang agak-agak tak sesuai” pantas ku membuat
kesimpulan, tidak memberi peluang nur Ilahi singgah dihatiku..wajah Ummu merah,
muram penuh kekecewaan..
“Tidak malukah kau dengan Tuhan yang Agung??”
Astaghfirullah! aku tersentak.. panas
makin kurasakan, kesal makin menebal. Kalau ku bentuk acuan untuk persembahan
pada majlis yang pertama tersebut tanpa disertai tarian, pasti tidakkan ada
lagi saudara seagamaku yang meneruskannya pada tahun ini.. Tapi, dek
kejahilanku pada masa lalu, dek kerana ingin mencapai matlamat duniawi yang
serba lagha, kini kemestian adanya tarian dalam majlis seumpama itu bagaikan
wajib..(“Dan apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia berpaling
dengan menyombongkan diri seolah-olah dia belum mendengarnya, seakan-akan ada
sumbatan di kedua telinganya, maka gembirakanlah dia dengan azab yang pedih”
31:7..) Ya Allah, terasa sungguh berat beban yang ku pikul.. Adakah
bisa Kau mengampuniku?? Aku terduduk kaku..
Perbualan singkatku dengan Rahim pagi tadi ku rasakan menambah
lagi beban dosa seberat gunung di bahuku… “Wei Dani..ko ade dengar citer tak..
dengarnye, diorg nak buat belly dancing untuk dinner tahun ni.. pergh.. gile
betul ar, dah nak jadi ape aku pon tak tau”….. kelu….. lidahku yang begitu
lancar berbahas dengan Ummu lebih setahun yang lalu kini kelu.. jadi bisu.. ”Ey
Dani, ko ok x ni? asal semacam je aku tengok.. rilek ar.. diorg nk buat tu
diorg punye pasalla.. asalkan xde budak-budak kite tengok” ujar Rahim bagaikan
mengerti isi hatiku..
Persoalannya..
benarkah nanti tiada rakan-rakan seagamaku yang akan melihat acara maksiat itu?
Atau adakah mereka akan terpaku dan terhibur, dan meminta pula untuk diadakan
semula untuk tahun berikutnya?.........
“Tidak terasa
beratkah dosa yang kau pikul??!!”
Aku pasrah.. tunduk dan mengakui
kerdilnya diri ini berbanding Allah yang Maha Esa.. Sesekali timbul rasa kesal,
kepada Ummu dan rakan-rakannya.. Hati ini kerap ingin menghulur kemaafan..
kalau diri ini tidak sejahil aku yang dulu, pasti tidak ku bahas nasihat dan
niat murni mereka.. tapi seringkali niat untuk memohon maaf terhenti.. bukan
kerana ego seorang lelaki.. tetapi kerana terlalu tebalnya muka, malu untuk
berkata-kata.. Di saat ini hanya Allah yang bisa mendengar bisikan hati rapuh
ini.. Dialah juga tempat ku pohon keampunan, semoga diringankan beban yang
kupikul ini.. Semoga..
Kakiku mengatur langkah ke bilik air.. Seluruh anggota wudu’ ku siram dengan
air dingin malam.. menyapu wajah yang penuh malu.. menyuci anggota tubuh yang
terasa sangat kotor.. Jika ku sedar hakikat kejadian diri ini dari seketul
tanah yang kotor,pasti tidakkan ku biar lidahku berbicara lebih laju dari
ayat-ayat Yang Maha Esa..namun itu semua sudah berlaku..dan aku bernafas dalam
jiwa yang sudah tercemar..Semoga Allah mengampunkan kesalahanku.. Semoga Allah
membuka hati mereka yang masih tertutup.. Semoga Allah membantu Ummu dan
rakan-rakan yang sentiasa memperjuangkan peraturan Allah.. dan.. Semoga Allah
meletakkan hati ini tanpa dapat digoncang lagi oleh angan dunia.. agar bisa ku
menjadi tenteraMu.. Amin......
“Pada hari engkau akan melihat orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan,
betapa cahaya mereka bersinar di depan dan di samping kanan mereka, (dikatakan
kepada mereka) “Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga-syurga
yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Demikian
itulah kemenangan yang agung “
“Pada hari orang-orang munafik laki-laki dan perempuan berkata kepada
orang-orang yang beriman, “Tunggulah kami! Kami ingin mengambil cahayamu.”
(Kepada mereka) dikatakan, “Kembalilah kamu kebelakang dan carilah sendiri
cahaya(untukmu).” Lalu di antara mereka dipasang dinding (pemisah) yang
berpintu. Di sebelah dalam ada rahmat dan diluarnya hanya ada azab”
“Orang-orang
munafik memanggil orang-orang mukmin, “Bukankah kami dahulu bersama kamu?”
mereka(org2 mukmin) menjawab, “Benar,tetapi kamu mencelakakan dirimu sendiri,
dan kamu hanya menunggu, meragukan (janji Allah) dan ditipu oleh angan-angan
kosong sampai datang ketetapan Allah, dan penipu(syaitan) datang memperdaya
kamu tentang Allah…..” 57:12-13
Recent Comments